BJ Habibie berbeza dengan Anwar
Oleh DR. PARIDAH ABD. SAMAD PENULIS ialah bekas pensyarah UiTM, Shah Alam dan UIAM, Gombak. Saya terpanggil untuk menjelaskan tulisan Tan Sri Zainudin Maidin atau Zam terhadap bekas Presiden Indonesia Ketiga, Dr. Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) dalam Utusan Malaysia, Isnin, 10 Disember 2012, bertajuk 'Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim'. Rencana ini ditulis bersempena penghormatan yang diberikan oleh Anwar Ibrahim, untuk memberi ceramah di Universiti Selangor (Unisel).